RUMAH TERES SETINGKAT UNTUK DIJUAL.
Rumah teres setingkat untuk dijual. Kawasan perumahan berjiran dengan orang Melayu. Jiran yang baik. Tapi ada juga jiran bangsa lain. Suasana aman dan damai. Jiran pun baik dan bagus. Berhadapan dengan Kampong Seri Geriang Hulu Bernam.
1. 3 bilik tidor dan 2 bilik air
2. Bahagian belakangnya telah disambung sedikit, di mana dinding dan lantainya adalah kepingan zink yang tebal untuk dijadikan ruang dapur atau tempat memasak.Boleh letak peti ais dan dapur.
3. Di bahagian belakang juga ada table top dengan 2 singki serta paip berkembar.
4. Bilik tengah telah ditambah dengan loteng di bahagian atasnya. Boleh juga nak buat bilik untuk anak bujang tapi perlu letak pendingin hawa. Kalau tak keadaannya agak panas. Insya Allah kukuh sebab lantainya kayu gelegarnya saiz 2 x 5 inci. Memang kuat. Manakala lantainya pulak adalah papan plywood yang digunakan untuk membuat tiang konkrit. Tangga naik ke atas dibuat daripada kayu, juga bersaiz 2 x 5 inci. Boleh juga dibuat stor barang.
5. Di bahagian hadapan pula, telah ditambah dengan awning, saya yang buat (buat sendiri). Kalau upah pada masa itu, kosnya lebih kurang RM6000.00. Saya buat sendiri kosnya hanya RM3000.00 sahaja. Alhamdulillah. Insya Allah kukuh.
6. Pagar hadapan telah diubah kepada pintu sliding. Pintu lama digabung menjadi sliding. Manakala sebelah lagi telah dibuat pintu baru, juga dalam bentuk sliding. Boleh masuk kereta 2 buah dalam satu masa.
Akses kepada kemudahan awam sangat dekat:
1. Stesen bas Tanjong Malim (5 minit)
2. Stesen Komuter Tanjong Malim (5 minit)
3. Klinik Desa Tanjong Malim (5 minit)
4. Bank Islam, Maybank, Public Bank, Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional (5 minit)
5. RnR Hulu Bernam. Boleh ikut jalan belakang (Ladang kelapa sawit) – (5 minit)
6. RnR Tanjong Malim (5 minit)
7. Masjid Ar Rahman Hulu Bernam (5 minit)
8. UPSI – Kampus Induk (5 minit). Kampus Sultan Azlan Shah (Baru)- Proton City (15 minit)
9. Kilang Proton di Proton City (10 minit)
10. Pusat Bowling (UPSI) – Kampus baru (15 minit)
Dan banyak lagi kemudahan yang berdekatan….